berita

Malaysia Batalkan Pengiriman Jamaah Haji 1441 H

Kamis, 11 Juni 2020 | 19:06 WIB
IMG-20200606-WA0156

 

Edisi.co.id - Pemerintah Negara Malaysia akhirnya memutuskan untuk membatalkan pengiriman jamaah Haji, hal ini dilakukan mengingat masih tingginya Pandemi Covid-19.

Dalam siaran persnya pemerintah Malaysia melalui Lembaga Tabung Haji (TH) akan menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 1441H/2020M seiring  dengan keputusan Kerajaan Malaysia untuk tidak menghantar jemaah haji negara ke Tanah Suci atas faktor keselamatan dan kesehatan.

Keputusan ini dibuat setelah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan keputusan Kerajaan Malaysia untuk menangguhkan Pengiriman jemaah haji dari Malaysia ke Tanah Suci dikarenakan penularan wabah Covid-19 yang melanda dunia termasuk di Arab Saudi.

"Penularan wabah Covid-19 telah menimbulkan risiko kesehatan awam yang serius di seluruh dunia. Wabah ini telah menjangkiti lebih 7.4 juta orang manakala lebih 418 ribu telah terkorban," ujar Dr Zulkifli, Kamis (11/6/2020)

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, keputusan Kerajaan Malaysia untuk menangguhkan Pengiriman kira-kira 31,600 jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci pada tahun ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan yang amat dengan mengambil berat aspek keselamatan, kesehatan dan kesejahteraan rakyat.

“Sehubungan dengan penangguhan ini, semua bakal haji yang giliran haji diperuntukkan pada musim haji tahun 2020 akan diberi keutamaan untuk menunaikan fardu haji pada tahun 2021. Bagi bakal haji yang gilirannya adalah pada tahun 2021, mereka akan turut diberi peluang tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa,” tambah beliau. (Ihm)

Tags

Terkini

Takut Air Meluap Lagi, Outlet Situ 7 Muara Dibersihkan

Minggu, 21 Desember 2025 | 17:30 WIB